Serpihan kenderaan milik Putera Philip dilelong di laman eBay - Utusan Malaysia

Serpihan kenderaan milik Putera Philip dilelong di laman eBay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Beberapa serpihan berasal daripada kenderaan yang dipandu oleh Putera Philip, 97, disenaraikan untuk dijual di laman web lelongan eBay, lapor sebuah portal berita kelmarin.

Suami kepada Ratu Elizabeth II itu terbabit dalam kemalangan jalan raya Khamis lalu.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover Freelander yang dipandu beliau di Sandringham, Norfolk, rosak selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia yang dinaiki seorang ibu dan seorang bayi.

Sejumlah serpihan logam dan plastik daripada ken­deraan Putera itu dibida oleh 32 pengguna eBay dengan nilai tertinggi £46 (RM243) setakat pagi semalam.

Penjual serpihan itu mendakwa, barang yang dijualnya ditemui di lokasi kemalangan. Dia meyakinkan pembeli bahawa serpihan berkenaan terdapat dalam klip video kemala­ngan tersebut yang tular di media sosial.

“Serpihan-serpihan kemalangan ini bukan dicuri. Ia ditinggalkan di tepi jalan. Tujuan lelongan pula bukan untuk keuntungan peribadi tetapi hasil jualan akan di­salurkan kepada pertubuhan amal,” kata keterangan penjual itu di eBay.

Kemalangan mengakibatkan Land Rover dipandu Putera Philip itu terbalik pada bahagian sisi, namun Putera yang memakai gelaran Duke of Edinburgh itu dilaporkan tidak cedera, manakala pemandu kereta Kia me­ngalami beberapa kesan luka pada lutut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×