BAGHDAD 27 Jan. – Sekurang-kurangnya empat anggota polis terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas dua bom meletup dalam kejadian berasingan di utara Iraq hari ini. Menurut Ketua Polis, Kolonel Majeed Ghatran, serangan yang menyasarkan konvoi polis itu menyebabkan dua maut manakala lapan cedera apabila bas yang dinaiki mereka ke bandar Shirqat mengenai bom. Katanya, sebuah lagi bom meletup ketika sekumpulan polis menuju ke lokasi kejadian pertama yang mana mengakibatkan dua terbunuh manakala tiga lagi cedera. Bagaimanapun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian pengeboman tersebut. -REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya