KUALA LUMPUR 7 Jan. – Suasana pejabat Cisco Systems Malaysia (Cisco) di Menara One Sentral di sini menjadi ‘panas’ dan kecoh apabila terdapat kakitangannya enggan memberi kerjasama kepada wakil Pergerakan Pemuda UMNO yang ingin menyerahkan memorandum bantahan terhadap Eric Liew. Eric Liew adalah nama pengguna Facebook yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi ruangan komen media sosial berkenaan serta merupakan kakitangan syarikat tersebut. Penyerahan memorandum yang sepatutnya…










