PETALING JAYA – Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul menyambut baik pembaharuan yang cuba dilakukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam usaha meningkatkan kualiti Liga Malaysia. Antara usaha MFL ketika ini adalah untuk melahirkan pengadil profesional menerusi penubuhan badan bebas Profesional Match Officials Malaysia (PMOM) serta mahu melaksanakan kawalan ekonomi seperti La Liga dalam membantu pasukan memantapkan pengurusan kewangan. Bagaimanapun, Windsor percaya langkah itu perlu dilakukan…










