JOHOR BAHRU 6 Jan. – Pengusaha kantin di kesemua 580 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) seluruh negeri perlu memiliki sijil halal sebagai menambah baik operasi mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Md. Rofiki Shamsudin berkata, perkara itu dijangka akan dapat dilaksanakan menjelang pertengahan tahun kedua tahun ini. “Pelaksanaan sijil halal bagi SAKJ ini bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan mereka termasuk aspek kebersihan penyediaan makanan. “Kita berharap…










