SHAH ALAM 23 Jan. – Rakyat Selangor disaran supaya mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang keselamatan kebakaran dan ilmu kebombaan berikutan negeri itu mencatatkan jumlah panggilan kecemasan tertinggi sepanjang tahun lepas. Azmi Osman Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman berkata sebanyak 20,846 panggilan kecemasan diterima pihaknya pada tahun lepas yang menunjukkan peningkatan 1,773 kes berbanding tahun 2017 dengan 19,073 panggilan. Beliau berkata daripada jumlah panggilan tahun lepas,…










