BRASILIA 27 Jan. – Sebuah lagi empangan berhampiran lokasi kejadian yang mengorbankan 34 nyawa manakala kira-kira 300 lagi masih hilang di Brumadinho berisiko untuk pecah apabila penggera amaran diaktifkan pada awal pagi ini,
Menurut kenyataan syarikat perlombongan Vale, sistem penggera yang ditutup pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan itu memberi amaran selepas paras air di empangan di kompleks perlombongan Corrego do Feijao mencapai paras bahaya.
Empangan di tapak perlombongan sama yang pecah pada kelmarin telah melepaskan berjuta-juta tan enap cemar dan kemudian menghanyutkan bangunan dan orang di kawasan berhampiran. -AFP










