Sebuah bas persiaran musnah di Lebuhraya MEX - Utusan Malaysia

Sebuah bas persiaran musnah di Lebuhraya MEX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Sebuah bas persiaran yang dipercayai dalam perjalanan menghala ke Putrajaya terbakar di kilometer 13.6 di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sini hari ini.

Difahamkan, satu lorong lebuhraya MEX di sebelah kiri terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pemadaman dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.57 pagi dan ketika tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah bas sedang terbakar.

“Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang diarahkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam dan menyelamatkan mangsa.

“Kebakaran berjaya dipadam dan bas itu musnah 100 peratus dan tiada penumpang yang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap memberitahu, akibat kebakaran yang berlaku bas penumpang itu kini musnah teruk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN