BEIRUT 7 Jan. – Tentera Demokratik Syria (SDF) berjaya manahan lima warga asing termasuk dua dari Amerika Syarikat (AS) dalam pertempuran dengan saki-baki kumpulan militan Daesh di timur Syria pada 30 Disember tahun lalu.
Menurut SDF, dua warga AS, Pakistan (dua), dan Ireland (seorang) merupakan sebahagian sarang miltan merancang menyerang orang awam yang meninggalkan kubu mereka.
Senarai nama mereka yang ditahan seperti berikut:
– Warren Christopher Clark (AS)
– Alexandr Ruzmatovich Bekmirzaev (Ireland)
– Zaid Abed al-Hamid (AS)
– Fadel al-Rahman (Pakistan)
– Abed al-Azem Rajhoud (Pakistan)
SDF yang disokong dengan serangan udara pakatan tentera diketuai AS telah mencapai kejayaan besar sejak melancarkan serangan dalam menghapuskan Daesh pada empat bulan lalu. – AFP










