KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan tunduk kepada tekanan beberapa ketua bahagian parti itu yang mahu menyingkirkannya rentetan daripada kenyataannya yang menentang isu berhubung pemberian kontrak kerajaan. Sambil menegaskan menghormati pandangan ketua bahagian terbabit, Ahli Parlimen Muar ini berkata, beliau tidak gentar dengan usaha tersebut kerana sebab utama dirinya menyertai politik ialah untuk melakukan pembersihan. “Walau apa pun…










