LONDON 13 Jan. – Eden Hazard membuat kenyataan yang mungkin tidak disenangi penyokong Chelsea apabila mengakui dia suka bermain di Anfield.
Hazard telah berdepan Liverpool 16 kali sepanjang kariernya di England, dia meledak tujuh gol dan mencipta dua gerakan jaringan dalam perlawanan tersebut.
Kunjungan terakhirnya di Anfield adalah pada pusingan ketiga Piala Liga musim ini, yang mana bintang tengah Belgium itu meledak gol cantik untuk menyingkirkan Reds dari pertandingan.
“Saya sangat sukakan Anfield.
“Stadium, padang, suasana..semuanya. Saya suka bermain di sana.
“Saya sudah meledak beberapa gol di Anfield, kebanyakannya menewaskan (penjaga gol Belgium dan Liverpool) Simon (Mignolet), maaf tetapi ia berbaloi,” katanya kepada Hazard kepada majalah dalam talian Belgium, HLN.
Hazard dikatakan akan meninggalkan Chelsea selepas musim ini berakhir, dan Real Madrid disebut-sebut sebagai destinasi baharu pemain itu. – AGENSI










