KUALA LUMPUR 16 Jan. – Seorang nelayan dari Indonesia hari ini mendedahkan dia pernah melihat pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera semasa sedang menangkap ikan di kawasan tersebut, lima tahun lalu. Nelayan itu, Rusli Khusmin, 42, berkata, rakaman pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) turut diperolehinya. “Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada…










