‘Saya mahu menang trofi’ - Utusan Malaysia

‘Saya mahu menang trofi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 29 Jan. – Pengendali sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, dia tidak mahu sekadar berada dalam kelompok empat terbaik, tetapi, turut menyimpan impian menjulang piala bersama Red Devils, musim ini.

Komen itu hadir selepas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, yang dikatakan menjadi pesaing Solskjaer bagi merebut jawatan pengurus di United, berpendapat layak ke Liga Juara-Juara lebih penting berbanding merangkul trofi.

“Untuk berada dalam kelompok empat terbaik, bukanlah impian kami. Sebagai warga Manchester United, anda sepatutnya mensasarkan untuk memenangi liga. Kami tidak mampu melakukannya pada tahun ini, tetapi kami perlu memandang ke depan dan berusaha memburu gelaran.

“Kami masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA, kami tidak boleh hanya berkata kedudukan empat terbaik sudah memadai. Kami perlu melihat lebih jauh, Adakah kami boleh memenangi sesuatu tahun ini?”

“Saya telah mengharungi perlawanan demi perlawanan selaku pengurus United dengan berfikir kami boleh memenangi perlawanan ini. Kami masih bersaing dalam Piala FA dan kami akan cuba memenangi trofi tersebut,” kata Solskjaer.

Pada ketika Solskjaer berjaya membawa United mara ke pusingan kelima selepas menewaskan Arsenal, skuad Pochettino pula tersingkir pada pertandingan kedua mereka dalam tempoh empat hari di Crystal Palace. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN