Saya cuma terserempak dengan Hishammuddin - Azmin - Utusan Malaysia

Saya cuma terserempak dengan Hishammuddin – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sekadar “terserempak” dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.

Menurutnya, tiada sebarang perbincangan politik diadakan ketika itu dan meminta masyarakat umum supaya berfikiran lebih terbuka dalam hal ini.

“Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin, cuma terserempak dengan beliau di Morocco. I met many Malaysians there (Saya ketemu ramai orang Malaysia di sana), tak jadi isu pun,” kata Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kepada pemberita selepas menyerahkan kunci kepada penghuni sebuah pangsapuri baharu di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa hubungannya dengan bekas Naib Presiden UMNO itu telah bermula puluhan tahun dulu.

“Malah semasa saya pembangkang pun saya hadir perkahwinan anak beliau,” kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan mengenai sekeping gambar yang memaparkan kedua-dua mereka bersama keluarga masing-masing yang dilapor dirakamkan di Maghribi.

Ia mencetuskan pelbagai tanda tanya terutama spekulasi mengenai kerjasama politik antara Mohamed Azmin dan Hishammuddin.

“Kita perlu lebih civilised (bertamadun), jangan ingat bila jumpa mesti ada perbincangan politik. Untuk kebaikan negara kita perlu baik dengan semua orang,” kata Mohamed Azmin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN