Saya belum layak dapat gelaran Datuk - Erma Fatima - Utusan Malaysia

Saya belum layak dapat gelaran Datuk – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima menafikan beliau telah menerima gelaran Datuk.

Erma berkata demikian menerusi akaun Instagram untuk memperjelaskan kekeliruan khalayak yang menyangka beliau telah mendapat gelaran kehormat tersebut selepas memuat naik gambarnya memakai pingat bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam.

“Saya ingin memberi pencerahan di sini. Gambar yang saya muat naik sebelum ini, ramai yang menyangka saya dapat pingat Datuk.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pingat yang saya pakai di dada itu saya dapat beberapa tahun lalu daripada Yang di-Pertuan Agong. Majlis tersebut mewajibkan saya memakai pingat yang diperoleh sebelum ini.

“Saya belum layak dapat gelaran Datuk, jadi jangan silap sangka,” tulisnya dalam Instagram.

Erma semalam menghadiri Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×