Satu pertiga kakitangan PBB alami gangguan seksual - Utusan Malaysia

Satu pertiga kakitangan PBB alami gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 16 Jan. – Satu pertiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan mengalami gangguan seksual dalam tempoh dua tahun lalu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, penemuan dalam kaji selidik salah laku tersebut menunjukkan bukti bahawa sesuatu perubahan perlu dilakukan bagi menambah baik tempat kerja di sini.

Satu daripada tiga responden atau 33 peratus melaporkan sekurang-kurangnya menghadapi sekali gangguan seksual namun meningkat kepada 38.7 peratus ketika berada di PBB.

Jenis gangguan biasa dilakukan adalah cerita dan jenaka seksual yang menjelikkan atau kenyataan kotor mengenai penampilan, badan atau aktiviti seksual. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN