KUCHING – Seorang warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Sungai Du’uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Rabies atau Anjing Gila. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 9.35 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak. “Pada 11 Januari lepas, mangsa mengalami demam, batuk, muntah, lesu, sakit badan dan rasa lemah pada tangan kiri, dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang…










