KUALA LUMPUR 2 Jan. – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB) kini mengendalikan Lapangan Terbang Kertih yang merupakan pangkalan udara utama bagi operasi minyak dan gas di Terengganu. Pengarah Urusan MMC Corporation Bhd., Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, SATSSB yang merupakan anak syarikat MMC Group telah memeterai kontrak dengan anak syarikat milik Petronas, Sanzbury Stead Sdn. Bhd. bagi menguruskan perkhidmatan operasi dan…










