KUALA LUMPUR 30 Jan. – Mitsubishi Motor Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menyasarkan untuk menjual 600 unit sebulan Mitsubishi Triton baharu sekaligus dijangka menyaksikan pertambahan sebanyak 28 peratus dalam jualan Triton. Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, tempahan bagi kenderaan itu kini dibuka dengan harga bermula RM100 ribu yang boleh didapati dalam lima varian dan empat warna. “Kami yakin model baharu ini akan menerima sambutan yang…










