KUALA LUMPUR – Penyanyi yang sedang meningkat naik, Santesh Kumar telah membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan tindakannya menyarung baju-T yang dikatakan menghina bendera negara Malaysia dalam sebuah program hiburan siaran TV3. Santesh, 31, membuat permohonan itu menerusi laman Instagramnya setelah isu baju-T tersebut menjadi tular sejak semalam. “Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan dengan memakai baju yang dikatakan tidak menghormati negara kita. “Saya tidak mempunyai sebarang niat…










