MELAKA 22 Jan. – Sejurus selepas disahkan sebagai bintang import Melaka United, Liridon Krasniqi percaya, pasukan baharunya mempunyai barisan pemain yang bagus untuk mencabar Liga Malaysia (Liga M) 2019. Selepas dikaitkan dengan Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Indonesia, Persija Jakarta sejak beberapa minggu lalu, bintang tengah Kosovo itu hari ini diperkenalkan oleh Melaka. Dia menyertai tiga pemain lain – Jang Suk Won (pertahanan, Korea Selatan), Darko Markovic (tengah,…









