Sampah bertaburan - Utusan Malaysia

Sampah bertaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saudara pengarang,
Masalah sampah-sarap di kawasan permainan lama di jalan masuk ke Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang sudah semakin tidak terkawal dan dibuang sesuka hati.

Boleh dilihat sampah-sarap dan pelbagai sisa buangan dibuang di hadapan kawasan itu dipercayai dilakukan orang luar.

Antaranya sofa, perabot lama, karpet, barang elektrik rosak, sisa binaan, kayu lama, batu-bata, tilam dan bantal buruk dilonggokkan selain juga berselerakan.

Terdapat juga kesan perabot lama dibakar dan pemandangan di situ bukan sahaja menyakitkan mata tetapi menimbulkan bau terutama kepada penduduk setempat.

Selain itu longgokan sampah tersebut turut menjadi tempat untuk anjing menyelongkar sisa-sisa makanan sekali gus menyebabkannya bertaburan dan mengotorkan lagi kawasan berkenaan.

Diharapkan pihak bertanggungjawab mengambil serius perkara ini kerana dibimbangi kawasan itu akan menjadi tempat pembiakan nyamuk termasuk mengundang 
binatang berbisa.

Ini kerana selain dipenuhi sampah-sarap, kawasan 
tersebut juga ditumbuhi lalang dan semak-samun kerana tiada kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan sejak sekian lama.

Penduduk
 Bandar Bistari Perdana

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN