DAKAR, Senegal 9 Jan. – Seperti dijangka pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika buat tahun kedua berturut-turut pada malam anugerah bolasepak benua itu awal hari ini. Pemain antarabangsa Mesir berusia 26 tahun itu mengatasi saingan rakan sepasukan di kelabnya, Sadio Mane dari Senegal dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon yang ketika ini beraksi untuk Arsenal. Ini membolehkan Salah mencipta sejarah muncul pemain pertama negaranya mengekalkan gelaran tersebut…










