Sala sempat hantar mesej 'saya takut' - Utusan Malaysia

Sala sempat hantar mesej ‘saya takut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Jan. – Satu rakaman audio kini tersebar luas selepas Emiliano Sala dikatakan sempat menghantar mesej kepada beberapa rakannya mengenai kebimbangan dengan keadaan pesawat.

Sala, 28, yang dikhuatiri maut selepas pesawat dinaikinya menuju ke United Kingdom (UK) hilang pada malam Isnin menyuarakan rasa takut pesawat akan terhempas.

Penyerang dari Argentina itu sepatutnya melapor diri bersama kelab baharunya, Cardiff City semalam tetapi hilang selepas meminta untuk mendarat di Guernsey.

Dia baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Cardiff, Sabtu lalu menerusi perpindahan yang mencatat rekod kelab – 15 juta pound (RM80.3 juta) dari Nantes.

Hari ini bekas rakan pasukannya, Diego Rolan mendakwa pemain itu telah berkomunikasi dengan sekumpulan rakan dari pesawat malang tersebut.

Bercakap kepada Radio 1010AM Uruguay, Rolan berkata: “Emiliano menghantar mesej kepada beberapa rakan dari pesawat dan dia kata amat takut sekiranya mereka tidak menjumpainya, mereka sudah tahu apa yang berlaku, dia menjangkakan apa yang berlaku.”

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat yang dinaiki Sala bersama seorang juruterbang dipergiat sejak Isnin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN