Saingan empat penjuru di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Saingan empat penjuru di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor berdepan dengan tiga lawan dalam saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands setelah bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas mengumumkan menarik diri daripada bertanding sebentar tadi.

Ramli ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas calon Parlimen itu pada pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, M. Manogaran serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee.

CALON Pakatan Harapan bagi PRK Cameron Highlands, M. Manogaran. - UTUSAN ONLINE
CALON Pakatan Harapan bagi PRK Cameron Highlands,  M. Manogaran. – UTUSAN ONLINE

Kesemua nama tersebut disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md. Napis pada pukul 10.36 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata dekat sini.

CALON Bebas bagi PRK Cameron Highlands, Sallehudin Ab. Talib. - UTUSAN ONLINE
CALON  Bebas bagi PRK Cameron Highlands,  Sallehudin Ab. Talib. – UTUSAN ONLINE

Sebelum ini, Kayveas menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRK Cameron Highlands dan menyifatkan keputusan itu merupakan yang pertama selepas mereka keluar dari BN pada 19 Mei 2018, selepas BN kalah dalam PRU14.

CALON Bebas bagi PRK Cameron Highlands, Wong Seng Yee. - UTUSAN ONLINE
CALON  Bebas bagi PRK Cameron Highlands,  Wong Seng Yee. – UTUSAN ONLINE

Bagaimanapun, Presiden MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz dalam sidang akhbarnya berkata, keputusan yang dibuat Kayveas itu tidak mendapat persetujuan majlis tertinggi parti selain mendakwa beliau bukan lagi ahli serta presiden parti.

Malah Kayveas juga dilarang untuk menggunakan logo parti tersebut jika tetap mahu bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×