Saingan 4 penjuru Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Saingan 4 penjuru Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor berdepan dengan tiga lawan dalam saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands 26 Januari ini yang turut menyaksikan Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada saat-saat akhir.

Ramli ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas calon Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), M. Manogaran serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee.

Kesemua nama mereka di­sahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md. Napis pada pukul 10.36 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata di sini hari ini.

Ishak menerima kertas pe­na­maan empat calon dan tiada borang pencalonan yang ditolak.

Sementara itu, Kayveas yang menyatakan hasrat untuk ber­tanding mengumumkan mena­rik diri pada saat-saat akhir wa­laupun awalnya dijangka me­ngemukakan pencalonan be­ri­kutan memasuki pusat pencalonan bersama para penyokongnya.

Dalam sidang akhbarnya, Kayveas berkata akan memberi sokongan penuh kepada calon PH sepanjang tempoh kempen.

Hari pengundian awal dite­tapkan pada 22 Januari ini yang akan melibatkan 247 pengundi awal daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu 32,009.

PRK Cameron Highlands dia­dakan semula selepas pe­nyan­­­dangnya, Datuk C. Sivarraajh daripada BN hilang kelayakan bertanding atas tuduhan rasuah.

Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada PRU-14 lalu yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majo­riti 597 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN