Rungutan, rasa marah ‘tragedi empangan’ - Utusan Malaysia

Rungutan, rasa marah ‘tragedi empangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA 28 Jan. – Jumlah kematian kejadian empangan runtuh di sebuah lombong bijih besi di tenggara negara ini meningkat kepada 58 orang manakala ratusan lagi dilaporkan masih hilang.

Al-Jazeera melaporkan, operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas dihentikan sementara apabila syarikat pengendali, Vale, mengeluarkan amaran peningkatan air pada paras bahaya dalam sebuah lagi empangan lain yang dipanggil B6.

Namun, amaran ditarik balik setelah jurutera awam yang ditugaskan untuk memeriksa keadaan empangan berkenaan mengesahkan keadaan air berada pada paras selamat menjelang petang.

Beberapa pihak sudah mula melahirkan rasa marah dengan kegagalan syarikat itu menyalurkan maklumat mengenai bencana dan mangsa.

Seorang penduduk yang berjaya dipindahkan, Caroline Stei­feld memberitahu mendengar siren amaran ketika kejadian kedua berlaku namun amaran sama tidak dikeluarkan pada kejadian pertama dua hari sebelumnya.

“Saya hanya mendengar jeritan orang yang mengarahkan agar kami semua meninggalkan kawasan tersebut. Saya dan keluarga berlari ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri namun tiada siren dibunyikan pada ketika itu,” katanya.

Begitu juga dengan Sonia Fatima da Silva yang sehingga kini masih belum dapat maklumat mengenai nasib anak lelakinya yang telah bekerja dengan Vale selama 20 tahun.

“Saya sangat marah. Saya mahukan berita mengenai anak saya, harap mereka jujur,” katanya.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Negeri, Leftenan Kolonel Flavio Godinho berkata, usaha menggunakan pelbagai cara dilakukan untuk mencari 305 mang­sa yang masih hilang.

“Usaha pencarian melalui darat, udara dan menggunakan khidmat anjing pengesan disambung semula,” katanya.

Beberapa buah helikopter di­gunakan untuk mengesan mang­sa yang hilang memandang­kan keadaan lumpur tebal menyukarkan operasi pencarian di darat.

Godinho berkata, penyelamat turut menemukan sejumlah mayat yang berada di dalam sebuah bas berdekatan kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, 23 daripada 192 orang yang berjaya di­selamatkan mengalami cedera parah dan kini dirawat di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN