Rumah terbakar, dua maut - Utusan Malaysia

Rumah terbakar, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Dua maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.13 tengah hari itu, mangsa wanita ditemukan di atas katil sebuah bilik manakala mangsa lelaki ditemukan dalam bilik air.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres setingkat berkeluasan 74.31 meter persegi.

“Kita mendapat maklumat terdapat dua mangsa berada dalam rumah tersebut dan sepasukan bomba dai Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×