LIPIS 3 Jan. – Masalah kekurangan tenaga buruh dan kos yang tinggi menyebabkan Rosdi Salleh, 53, terpaksa menghentikan projek tanaman cili 20 tahun lalu meskipun telah mengusahakan lebih 20,000 pokok di Kuala Medang, di sini. Namun, dia tidak berputus asa dengan cuba menanam pokok rock melon atau tembikai wangi yang dilihat tidak memerlukan tenaga buruh yang banyak dan tidak melibatkan kos tinggi. Keputusannya menanam pokok itu membawa hikmah apabila dia…










