RM81,811 pakaian, beg tangan, aksesori tiruan dirampas - Utusan Malaysia

RM81,811 pakaian, beg tangan, aksesori tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 30 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Bahru merampas pelbagai jenis pakaian, beg tangan dan aksesori tiruan bernilai RM81,811 dalam serbuan di empat premis di sekitar Johor Bahru semalam.

Ketua Pengawai Penguatkuasa KPDNHEP, Aris Mamat berkata, serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu dijalankan selepas risikan pihak KPDNHEP selama seminggu terhadap keempat-empat premis tersebut.

“Sebanyak 407 unit barangan tiruan pelbagai jenama termasuk Gucci, Prada, Hermes, Channel dan Luois Vuitton disyaki barang tiruan dirampas dalam serbuan khas itu,” katanya dalam sidang akhbar di Unit Pengurusan Ekshibit doli Senai di sini sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perigal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang-barang yang baginya suaru perihal dagangan palsu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN