KUALA LUMPUR 11 Jan. – Prestasi ringgit mengukuh menyaksikan mata wang tempatan itu didagangkan pada 4.0920/0960 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 6 petang ini daripada 4.0950/1000 penutupan semalam.
Rata-rata penganalisis mata wang berpendapat prestasi positif sejak semalam itu dipengaruhi oleh faktor luaran khususnya pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang memihak kepada kadar faedah rendah.
Selain jangkaan bahawa Fed akan menangguhkan kitaran pengawalan kadarnya pada 2019, faktor lain yang turut mendorong pengukuhan ringgit adalah kenaikan harga minyak serta peningkatan sentimen optimis terhadap rundingan dagangan Amerika Syarikat-China. – UTUSAN ONLINE










