KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, kata peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1050/1100 berbanding 4.1225/1275 pada penutupan Jumaat. Seorang peniaga berkata, dolar AS berada dalam tekanan memandangkan kerajaan Amerika Syarikat masih ditutup. “Dolar AS juga lemah disebabkan unjuran dasar Rizab Persekutuan (Fed). Fed merancang untuk menamatkan program pengurangan lembaran imbangannya lebih awal daripada jangkaan,” katanya. Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah…









