LOS ANGELES 16 Jan. – Penyanyi Rihanna mengemukakan tuntutan saman terhadap bapanya kerana mendakwa lelaki itu menggunakan namanya untuk memajukan perniagaan.

FILE PHOTO: Cast member Rihanna poses as she arrives at the world premiere of the film “Ocean's 8” at Alice Tully Hall in New York City, New York, U.S., June 5, 2018. REUTERS/Mike Segar/File Photo
Pelantun lagu ‘Diamonds’ itu atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty menuduh bapanya, Ronald Fenty serta dua rakan perniagaannya melakukan penipuan dan pemalsuan iklan menggunakan nama Rihanna menerusi syarikat mereka iaitu Fenty Entertainment.
Rihanna dalam tuntutannya meminta mahkamah mengarahkan bapanya supaya berhenti menggunakan nama Fenty dan menuntut pampasna ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya. – REUTERS










