KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk hari ini setelah kedudukan ribut tropika itu dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara. Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, ribut tropika itu kini berada di kedudukan 8.9 U 98.2 T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala. “Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50…










