Ribut: Bomba minta penduduk ikut nasihat yang berikan - Utusan Malaysia

Ribut: Bomba minta penduduk ikut nasihat yang berikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihati orang ramai supaya terus peka dengan arahan dan amaran bendera merah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengarah Bomba negeri, Nazili Mahmood berkata, orang ramai digesa agar patuh arahan tersebut berikutan jangkaan Ribut Siklon Tropika bakal melanda Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya juga terus melakukan tinjauan di sepanjang pantai bermula Pengkalan Kubur hingga ke Bachok dan Pasir Puteh.

“Kita terus membuat tinjauan bagi memberi nasihat kepada orang ramai agar berwaspada dengan berita Ribut Siklon Tropika itu yang dijangka bermula hari ini bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

“Kita juga telah mengarahkan anggota bomba dan pasukan bomba sukarela dari balai-balai di Pengkalan Kubur, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh supaya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di sekitar Pantai Sabak, di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN