SYDNEY – Bangkai beribu-ribu lagi ikan mati ditemui dalam sistem sungai utama di kawasan dilanda kemarau di timur Australia, beberapa minggu selepas hampir satu juta bangkai ikan ditemui di lokasi sama, kata pihak berkuasa dan penduduk setempat semalam. Pihak berkuasa perikanan berkata, kakitangannya dalam perjalanan ke pekan Menindee di pedalaman negeri New South Wales untuk menyiasat kematian besar-besaran ikan di kawasan tersebut. Pekan itu terletak dekat Sungai Darling yang membentuk…










