Rosmary Linso, 48, (kanan) dari Kampung Muaya Sipitang menunjukkan ikan kelah atau pelian ketika menjala di Sungai Muaya Sipitang dan dijual di Pasar Minggu Tenom bagi menyara kehidupan 10 orang anaknya yang kesemuanya masih bersekolah. Ikan pelian dikenali sebagai ’emas bernyawa’ di Sabah kerana harganya yang mahal dan mencecah sehingga RM60 hingga RM120 sekilogram.










