PORT DICKSON 24 Jan. – Sebuah restoran di Lukut di sini didapati beroperasi dengan berselindung di sebalik sijil halal milik syarikat pembekal makanan mentah yang tamat tempoh pada 2016. Perkara itu terbongkar hasil pemeriksaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, permis makanan yang diambil alih…










