SEBUT sahaja muay thai pasti terbayangkan elemen ganas dan agresif dalam fikiran. Dua faktor tersebut jika dilihat sudah tentu membuatkan ramai yang enggan atau dilarang menyaksikan pertarungan seni bela diri dari Thailand itu. Begitupun, di sebalik bayangan tersebut terserlah sisi menarik sehingga mampu mencuri hati penonton dari segenap lapisan umur dan masyarakat. Ia dibuktikan sendiri menerusi kejohanan Rentap Night yang diadakan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang bulan lalu apabila…









