PERSIS pasangan suami isteri, demikian gelagat Mira Filzah dan Remy Ishak ketika menidurkan ‘cahaya mata’ mereka, Ayden Mikael yang berusia lapan bulan di set penggambaran Pujaan Hati Kanda (PHK). Ayden Mikael merupakan pelakon paling junior yang membawa watak sebagai Rizqy iaitu anak jagaan kepada Megat Danish (Remy) dan Tiara (Mira) dalam drama PHK. Tangisan kecil Ayden telah membuatkan Mira dan Remy tidak senang duduk tatkala kru produksi mempersiapkan set penggambaran…










