PUTRAJAYA 25 Jan. – Tempoh reman seorang bekas pengurus kanan produk di sebuah syarikat yang disyaki menerima suapan bernilai lebih RM2 juta dilanjutkan dua hari lagi bermula esok sehingga Ahad ini. Majistret Ahmad Afiq Hassan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman lelaki itu bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Selasa lalu, suspek berumur 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang di Ibu…










