TAPAH 1 Jan. – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut setelah tercampak keluar dari kereta yang dipandunya di Kilometer 337.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi. Dalam nahas pada pukul 4.40 pagi itu, mangsa, Ng Yik Soon yang beralamat di Taman Daya, Bidor cedera parah dan meninggal dunia semasa di rawat di Unit Kecemasan Hospital Tapah. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan…










