Remaja ditahan bersama 5 peket dadah - Utusan Malaysia

Remaja ditahan bersama 5 peket dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bersama lima peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 0.5 gram dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 10 malam itu telah diketuai oleh Asisten Superintendan Hasbullah Saidin dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
                     
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, remaja lelaki terbabit telah ditahan menerusi Ops Motosikal.  

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC itu, kita telah menemui lima peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 0.1 gram setiap satu peket yang digenggam suspek.
 
“Kita juga telah menahan suspek dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
 
Dalam pada itu, Zulkefly turut memberitahu, operasi yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan di sekitar ibu negara itu turut berjaya menahan enam lagi individu atas pelbagai kesalahan.

“Tiga yang ditahan merupakan pelajar sekolah berusia 15 tahun dan 16 tahun atas kesalahan melawan arus serta mempamerkan aksi berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’. 

“Sementara tiga lagi individu, terdiri daripada seorang pekerja kedai makan, penghantar makanan dan pekerja kilang yang berusia 17 tahun hingga 21 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di sekitar Jalan Padang Balang dan Jalan Dang Wangi,” jelasnya. – K! ONLINE

Aksi 'Superman' yang dilakukan salah seorang suspek sebelum ditahan menerusi Ops Motosikal di sekita
Aksi ‘Superman’ yang dilakukan salah seorang suspek sebelum ditahan menerusi Ops Motosikal di sekitar Ibu negara di sini semalam.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN