MENANG – Pasukan Rela AB FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ahli Majlis 2018 yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, Sungai Lalang, Sungai Petani Kedah, baru-baru ini.
Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Zamri Hamid berkata, pasukan itu berjaya menewaskan Seroja FC dengan keputusan 2-0 pada pertandingan akhir.
Katanya, Bayu 1A FC mendapat tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh MPSP FC.
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM250, tempat kedua (RM200). Sementara masing-masing RM100 dan RM50 bagi tempat ketiga dan keempat.
Zamri berkata, sebanyak 30 pasukan bola sepak di daerah Kuala Muda mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.










