Rebut kupon makanan percuma : Dua maut, 6 pengsan - Utusan Malaysia

Rebut kupon makanan percuma : Dua maut, 6 pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Dua wanita warga emas maut manakala enam lagi pengsan dipercayai sesak nafas ketika berasak-asak mendapatkan kupon makanan percuma di ICC Pudu, Jalan Kijang, di sini tengah hari tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 12.04 tengah hari semasa kedua-dua mangsa berusia 78 dan 85 tahun itu dipercayai cuba bersaing dengan hampir 1,000 orang bagi mendapatkan kupon makanan percuma tersebut.

Pemberian kupon tersebut dibuat sempena Program Amal Tahunan Sempena Tahun Baharu Cina oleh Gabungan Peniaga dan Penjaja ICC Pudu.

Kupon sebanyak 200 keping itu untuk ditebus pada 11 Februari depan.

PASUKAN perubatan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang pengsan di ICC Pudu, Kuala Lumpur har
PEMBERIAN kupon tersebut dibuat sempena Program Amal Tahunan Sempena Tahun Baharu Cina oleh Gabungan Peniaga dan Penjaja ICC Pudu. – UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Ah Poh, 85, dan Law Ion Nan, 78.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang maut dan enam mangsa yang pengsan dipercayai akibat mengalami sesak nafas semasa berasak-asak.

“Difahamkan pihak penganjur hanya memperuntukkan 200 kupon namun kehadiran mencecah sehingga 1,000 warga emas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×