Rasionalisasi saiz perkhidmatan awam hanya libatkan perjawatan tidak diisi melebihi dua tahun - Utusan Malaysia

Rasionalisasi saiz perkhidmatan awam hanya libatkan perjawatan tidak diisi melebihi dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelaksanaan rasionalisasi kawalan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebihi dua tahun, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Merujuk kepada surat edaran JPA bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” bertarikh 26 Disember 2018, JPA berkata, inisiatif kawalan saiz perkhidmatan awam yang dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober lepas (2018) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukanlah perkara baharu.

Ia merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan pada 2008, katanya.

“Kaedah bagi pelaksanaan pengurangan perjawatan ini tidak melibatkan penjawat awam sedia ada tetapi melalui pelbagai kaedah lain,” kata JPA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara kaedah itu ialah mengoptimumkan sumber manusia, penyusunan semula perjawatan (redeployment) bagi mengelakkan pertindihan fungsi, serah urus fungsi (outsourcing), penyampaian perkhidmatan alternatif (Alternative Service Delivery), gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan semasa. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×