OTTAWA 6 Jan. – Seorang warga Kanada dilaporkan ditahan di Syria selepas laporan media tempatan menyatakaan lelaki terbabit mengunjungi sebuah kampung berdekatan sempadan Lebanon di kawasan dikuasai oleh Presiden Bashar al-Assad.
Media tempatan melaporkan Kristian Lee Baxter hilang sejak 1 Disember lalu.
Baxter dikatakan tidak berhubung dengan sesiapa sejak tiba di kampung terbabit yang merupakan tempat kelahiran abang iparnya. – AFP









