SEREMBAN 8 Jan. – Semua pihak digesa supaya memahami dan menghormati proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang merupakan bidang kuasa eksklusif Majlis Raja-Raja. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia tidak seharusnya dicemari dengan sebarang spekulasi, khabar angin tidak sahih, dipolitikkan atau apa-apa tindakan yang tidak santun. “UMNO menyatakan sepenuh keyakinan kepada kebijaksanaan dan kepimpinan Majlis Raja-Raja dalam tradisi dan hal ini. Justeru, UMNO mengecam keras sebarang…










