PASIR PUTEH 5 Jan. – Keprihatinan orang ramai terhadap nasib dirinya menyuntik semangat pelajar kurang upaya, Raja Amirul Mukmin Raja Safari untuk mendaftar diri sebagai pelajar baharu di Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, Selasa ini. Menurut remaja berusia 13 tahun itu, segala peralatan persekolahan yang diperlukan kini sudah mencukupi hasil bantuan orang ramai yang tampil memberi sumbangan sejak kisahnya dilaporkan oleh Utusan Online, semalam “Saya terharu dengan sikap prihatin semua…










