Pusat Perubatan Mahkota, hospital Thailand anjur `Simposium Diabetes’ - Utusan Malaysia

Pusat Perubatan Mahkota, hospital Thailand anjur `Simposium Diabetes’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 9 Jan. – Pusat Perubatan Mahkota di sini mengadakan kerjasama dengan Hospital Theptarin, Thailand menganjurkan simposium menangani penyakit diabetes bertajuk `Fighting The Sugar Wars’ bertempat di pusat perubatan itu di Banda Hilir di sini.

Simposium selama dua hari itu mengumpulkan peserta terdiri daripada pengamal perubatan, agensi berkaitan amalan kesihatan serta orang awam yang diadakan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Mahkota, Stanley Lam berkata, sebagai salah satu pusat perubatan di negara ini, pihaknya menganjurkan program seperti ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai serta kaedah-kaedah yang perlu dilaksanakan bagi menangani penyakit berkenaan.

“Terdapat peningkatan pada pesakit diabetes jenis 2 di mana ia menjejaskan penduduk dewasa dengan lebih daripada separuh tidak didiagnosis.

PENYELARAS Pusat Perubatan Mahkota dan Hospital Theptarin, Thailand yang menganjurkan simposium mena
PENYELARAS Pusat Perubatan Mahkota dan Hospital Theptarin, Thailand yang menganjurkan simposium menangani penyakit diabetes bertajuk `Fighting The Sugar Wars’ bergambar selepas program di pusat perubatan itu di Banda Hilir, Melaka baru-baru ini.  – UTUSAN ONLINE

“Daripada mereka yang didiagnosis pula, hanya satu pertiga mencapai kandungan gula dalam darah yang baik dan menguruskan diabetes mereka secara konsisten,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, Pusat Perubatan Mahkota juga akan sentiasa menganjurkan pelbagai program seperti forum pendidikan dan siri jelajah setiap tahun.

“Terdapat pelbagai jenis pakej kesihatan yang diwujudkan bagi mengesan, mengawal dan membuat susulan berhubung penyakit diabetes.

“Antara inisiatif yang diambil oleh pihak kami adalah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kandungan gula dalam darah yang diadakan secara percuma setiap Rabu dua minggu sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN